21 Mac 2011

Kebenaran AL~Quran .. berkenaan Tsunami di Jepun










TSUNAMI DI JEPUN-DI SEBALIK AL-QURAN~

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat

01 Mac 2011

Mengenal Allah S.W.T.






1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap 
mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya 
yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran 
para Nabi dan Rasul.

2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat 
yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang 
lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, 
disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang 
lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. 
Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya 
Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.

3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada 
dua bahagian :-


1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) 
iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang 
dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah 
s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak 
dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat 
dengan apa-apa jua sifat kekurangan.

2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu 
persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh 
seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli 
(dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) 
bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus 
dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t 
bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.

4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-
1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan 
waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi 
maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar 
(bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka 
tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan 
dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti 
iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya 
putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-
Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.

5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan 
Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama membuat 
persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi 
iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. 
Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak 
dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum 
mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak 
dihukumkan mukmin yang derhaka).

6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan 
tidak mengetahui dalil dan keterangan.

7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Taqlid Jazam (putus)

- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang 
yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah 
Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad 
yang jazam (putus).

2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh 
sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, 
ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah 
mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan 
tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan 
atau waham(tiada putus).

8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di 
dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya 
atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang 
diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, 
tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.

9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut 
Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan 
waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai 
ahli-ahli bida’ah.

10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa 
kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada 
seseorang manusia.