Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawasanya Abul Malieh berkata:"Adalah kami bersama Buraidah dalam suatu peperangan di hari yang mendung, maka Buraidah berkata: "Bersegeralah mengerjakan solat Asar kerana sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa meninggalkan solat Asar, maka sesungguhnya telah binasalah amalannya.".
Berikut adalah ancaman kepada mereka yang meninggalkan salah satu dari solat-solat yang wajib:
1. Fardhu Isyak
Allah tidak redha ia hidup di bumiNya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
2. Fardhu Zuhur
Seperti dosa membunuh seribu (1,000) orang Islam.
3. Fardhu Asar
Seperti dosa meruntuhkan Kaabah.
4. Fardhu Maghrib
Seolah-olah ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
5. Fardhu Subuh
Diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.
Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa, iaitu;
6 daripadanya akan diterima di dunia,
3 seksa akan diterima tatkala hendak mati,
3 seksa lagi ketika berada di alam kubur
dan
3 seksa lagi di hari kiamat.
6 jenis seksaan akan diterima semasa hidup di dunia ialah:
a. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
b. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya
c. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
d. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
e. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
f. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
3 jenis seksaan meninggalkan solat akan diterima tatkala hendak mati ialah:
a. Dia mati dalam kehinaan.
b. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
c. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.
3 jenis seksaan akan diterima ketika di alam kubur ialah:
a. Disempitkan kuburnya.
b. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu.
c. Allah mengerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata,<span>"</span>Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat."
3 seksa akan diterima dihari kiamat bagi mereka yang meninggalkan solat ialah:
a. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
b. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
c. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami tidak sembahyang."